Saturday, 8 October 2016

Tugasan Individu ifolio - Jolene Soon Pei Shan (A156244)



Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

1. Mempunyai pemerintah yang adil dan berhemah.
2. Persefahaman dan kerjasama sesama tamadun yang lain.
3. Pemerintah mendengar suara rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.
4. Saling menghormati hak asasi manusia.
5. Mengutamakan keamanan dan kesejahteraan tamadun.
6. Mencapai persefahaman antara tamadun dan rakyat melalui berdialog.
7. Pemerintah selalu meletakkan kepentingan tamadun melebihi kepentingan diri.
8. Mengelakkan campur tangan tamadun lain.
9. Selalu fokus dalam membina jati diri dan semangat cinta akan negara.
10. Saling menghormati dan toleransi antara agama dan cara hidup kaum-kaum lain.






Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnikdari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?


Pandangan orang Cina:
Mengikut persahabatan orang Cina dengan penganut Islam di Malaysia yang berlingkar ke beratus-ratus tahun yang lalu, Islam telah menonjolkan dirinya sebagai agama yang mengutamakan lemah lembut dan toleransi dalam pelbagai kegiatan yang dilakukannya. Sejarah telah menyatakan bahawa Islam merupakan satu agama yang mengutamakan akhlak. Penganut Islam sangat beramah mesra dengan orang Cina, terutamanya di tempat perkampungan di mana orang Cina telah mendapat layanan yang mesra oleh mereka. Malah, saya juga dibesarkan di kalangan orang Islam yang ramah mesra, dan tidak pernah meninggikan suara untuk menyelesaikan isu yang berlaku, dan sebaliknya menggunakan kata-kata yang manis dan menyedap hati untuk menyelesaikan konflik. Oleh itu, dengan pengetahuan yang terhad saya tentang Islam, saya yakin bahawa Jihad merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh penganut Islam untuk menegakkan agama dan kepercayaan mereka, dan bukannya satu keganasan yang dilaksanakan tanpa sebab yang tertentu.

Pandangan orang Melayu:
Agama Islam telah diasimilasikan ke dalam cara hidup orang Melayu sejak raja Melaka iaitu Sultan Muzaffar Shah memutuskan untuk memeluk agama Islam. Pada masa itu, Sultan Muzaffar Shah yang tertarik terhadap cara-cara dan kesopan-santunan Islam telah memulakan penyebaran agama Islam di Malaysia. Malah pada masa ketidaktenteraman di tanah Melayu di mana parti komunis berleluasa pada awal zaman 1900-an, orang Melayu yang beragama Islam tidak tertarik untuk menyertai peperangan disebabkan oleh agama mereka yang bertentangan dengan persefahaman komunis. Sahabat Melayu yang telah saya temuduga semua berpendapat bahawa media Barat telah banyak memutar belik pengajaran agama Islam, terutamanya dengan isu pertubuhan ISIS yang hangat baru-baru ini. Daripada pandangan orang Melayu, definasi Jihad adalah untuk menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang golongan kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah dengan menggunakan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran.

Pandangan bangsa-bangsa lain:
Bangsa-bangsa lain seperti orang Hindu dan orang Iban juga mempunyai ikatan yang lebih rapat dengan orang Islam. Mereka memikirkan orang Islam sebagai sahabat, dan lebih boleh bertolak ansur dan memahami agama mereka. Kaum-kaum ini seperti kaum Iban yang merupakan kaum minoriti telah banyak dipengaruhi oleh tatatertib mereka dalam cara hidup mereka. Oleh itu, mereka menolak konsep keganasan tentang agama Islam dan berpendapat bahawa Jihad adalah peperangan untuk menegakkan agama tetapi dengan cara mengelakkan keganasan dan mengikuti akhlak-akhlak tertentu. 







Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya
10-15 baris sahaja.

Untuk mencapai tamadun bertaraf globalisasi,
Jauhilah daripada rendah diri dan hipokrasi,
Mimpi malam kolonialisme yang ngeri,
Keluh-kesah hak asasi,
Menghilang identiti diri.
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
Jauh sudah rupanya negaraku mengembara,
Cemerlang, gemilang dan terbilang.
 






Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua
orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


               Apabila diugut dengan kemungkinan keruntuhan tamadun, semua rakyat termasuk parti-parti politik yang dahulunya bertanding untuk pemerintahan, haruslah bersama-sama bersatu padu mengusir pengaruh dan campur tangun luar demi memastikan kelangsungan tamadun negara. Di mana kekuatan tamadun yang sebenar datang daripada semangat patriotisme rakyat yang gigih mempertahankan tanah air negara. 

                Politik yang tidak stabil merupakan salah satu faktor keruntuhan tamadun. Apabila pemerintahan negara tidak tenteram, kebajikan dan ketenteraman rakyat sukar dijaga selain memberi peluang kepada negara-negara lain yang mungkin telah lama memerhati dan tertarik dengan kekayaan negara kita. Sejarah juga telah bercerita tentang banyak negara yang runtuh, seperti Kesultanan Melayu Melaka akibat pemerintahan yang lemah dan pemberontakan oleh orang kanan.
 
                Cabaran globalisasi juga berpotensi menjatuhkan sesuatu tamadun di mana globalisasi mungkin mempengaruhi fikiran orang muda sesuatu tamadun. Apabila didedahkan dengan propaganda negara-negara lain yang mungkin menyebar dengan pelbagai cara, orang muda yang tidak pernah mengalami cabaran kehilangan tanah air sukar untuk menolak konsep globalisasi ini, terutamanya di zaman moden ini di mana smartphone dan laman sosial telah membuka mata mereka terhadap dunia yang tiada batasan ini.

                 Selain itu, dominasi budaya kebendaan Barat moden yang mendalam ke atas masyarakat Islam akan berpotensi menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang Islam. Antaranya adalah dominasi politik, ekonomi, sosial dan media oleh pengaruh Barat yang dominan seperti Amerika Syarikat. Di sini masyarakat tamadun haruslah mengekalkan semangat cinta akan negara supaya tamadun kini akan dikekalkan dan dipertahankan sehingga masa hadapan.

                   Oleh itu, walaupun setiap orang ada dengan pendapat dan pemikiran yang berbeza tentang cara-cara memajukan tamudun mereka, namun tidak dapat dinafikan semuanya berusaha demi kepentingan tamadun dalam definisi mereka sendiri. Semasa tamadun menghadapi bahaya dalam segi ekonomi, sosial dan lain-lain, setiap orang haruslah bersatu di bawah pimpinan pemerintah atau sultan untuk membuat keputusan yang dapat menyelamatkan tamadun. Contohnya, semasa sebuah tamadun menghadapi bancana alam yang dahsyat dan ianya berpotensi memusnahkan sebuah tamadun, rakyat tidak wajar bertindak mementingkan diri dan berlakon seperti bukan hal sendiri. Dalam keadaan seperti ini semangat rakyat untuk menahankan tamadun dapat diasah.

                      Dalam keadaan di mana kemerdekaan sesebuah tamadun tidak lagi dijamin, rakyat haruslah juga bersatu-padu melindungi kemerdekaan negara. Bersatu kita diri, bercerai kita roboh, peristiwa Malayan Union harus dijadikan teladan untuk orang muda supaya mengekalkan kemerdekaan yang susah payah diperoleh oleh generasi-generasi yang lepas.

                      Akhirnya, kalau kita mengambil iktibar daripada tamadun Islam dan tamadun Roman yang dahulunya kuat dan besar pengaruhnya, kita akan mempelajari bahawa walau sebesar atau sekuat pengaruhnya, pun tidak dapat memenangi pertandingan dengan masa. Banyak kali sikap dan keputusan pemimpin yang akhirnya menentukan kelangsungan ataupun keruntuhan sesebuah tamadun. Oleh itu, kita harus selalu mengingati bahawa kitalah yang perlu melindungi negara kita yang dicintai, Malaysia, dengan melantik pemimpin yang akan membawa kita ke arah kecemerlangan dan menjadikan kita sebuah tamadun yang berjaya.
 

No comments:

Post a Comment