Senaraikan 10
cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan
akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis
2. Mengekalkan agama dan kepercayaan yang dianuti supaya mempunyai hala
tuju yang betul
3. Menetapkan kedudukan yang strategik, bagi memastikan sumber0sumber
yang penting mudah diperolehi
4. Seseoramg itu haruslah mempunyai pembangunan ilmu dan penghayatan
nilai
5. Semua masyarakat haruslah berinteraksi antara tamadun yang berlainan
bagi mengekalkan hubungan harmonis
6. Masyarakat haruslah sering melakukan kaji selidik dan experimen
saintifik bagi membangunkan lagi taraf kesihatan warga Malaysia
7. Pendidikan di Malaysia haruslah dinaiktaraf dan mempunyai unsur-unsur
kenegaraan bagi melahirkan anak Malaysia
8. Keindaham alam sekitar dan alam semulajadi haruslah dijaga supaya
tidak pupus dan masih boleh dirasai oleh generasi akan datang
9. Melakukan peningkatan kualiti hidup yang lebih sempurna dan
memastikan jangka hidup yang panjang
10. Mewujudkan sistem perundangan yang teratur, yang adil dan saksama
Di kalangan
sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan
dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan
pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa
pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia
Mengikut pandangan daripada
rakan-rakan dari berbilang kaum, pemahaman kesemua pelajar amat bertentangan
dengan kata-kata media Barat.
Hal ini demikian kerana, rakan
saya yang berbangsa Cina mengatakan bahawa Islam merupakan agama yang sangat
mengutamakan sifat beramah mesra antara kaum-kaum dan etnik-etnik yang lain.
Hal ini terbukti apabila umat Islam sering mengadakan rumah terbuka ketika
perayaan Hari Raya Aidilfitri, dan sering dikunjungi oleh masyarakat berbilang
kaum. Tidak kira cina, india atau kristian, masing-masing beraya bersama-sama
bagi memeriahkan lagi suasana raya.
Kaum india pula sering
mengatakan bahawa umat Islam sangat menghormati kaum lain. Terutamanya di kaum
india, mereka tidak makan daging (lembu), mengikut kepercayaan mereka.
Namum, umat islam sangat memahami kepercayaan warga india, dan tidak akan
sama sekali menghidangkan makanan yang mengandungi lembu kepada mana-mana
tetamu atau rakan-rakan mereka. Hal ini tidak sahaja menunjukan
sifat menghormati, namun ia juga menunjukan sifat hidu bermasyarakat yang
sering dipraktikkan oleh umat Islam.
Orang Melayu pula mengatakan
bahawa Islam hanya mengajar untuk hidup berbaik-baik antara satu sama lain, tanpa
melakukan keganasan yang tidak wajar. Mereka sering menyelesaikan masalah
dengan berbincang dengan teliti dan mendapatkan solusi yang berpuas hati.
Jika kita lihat dari segi
situasi di negara kita sendiri, tidak pernah berlaku keganasan besar-besaran
atau adegan-adegan yang mengerikan yang diketuai oleh umat islam, tidak sama
sekali pernah berlaku sebegitu. Negara luar mungkin mempunyai keganasan dan
ketidak tenteraman akibat perbuatan pihak yang bertanggungjawab. Kita tidak
boleh melakukan konklusi tanpa bdrfikir panjang dan menyelidik perkara sebenar
yang berlaku.
Oleh itu, saya amat berani dan
yakin bahawa pemahanan pihak barat bahawa islam merupakan penganas bukan benar
dan saya masih yakin dan selesa untuk bergaul dengan rakan-rakan umat islam
saya, setiap hari.
Bukan sahaja pandangan saya,
tetapi pandangan rakan-rakan saya juga menunjukkan bahawa warga Malaysia masih
mempercayai bahawa kata-kata pihak barat bahawa Islam adalah agama keganasan
tidak dapat diterima.
Terima kasih.
Puisi
I buried
civilization in my heart,
Being
civilized, helps me and my country,
High
levels of culture, science and industry,
Economics,
politics and relations,
Wouldn’t be
available without civilization,
Get
yourself out of a savage,
Out of
unrefined state and laziness,
Start to
gain your knowledge,
As
knowledge and being civilized,
Will be
the great pillar of life,
To lead us
to be a better nation
Dalam
mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang
mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda
Seperti yang semua sedia maklum, negara
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai masyarakat yang pelbagai
kaum. Cara hidup rakyat Malaysia sering digeruni oleh masyarakat seluruh dunia,
memandangkan rakyat Malaysia mampu hidup aman dan damai, walaupun terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa. Namun demikian, kian hari,
segelintir masyarakat mula menyuntik perbuatan dan perlakuan yang negative dalam
jiwa rakyat, yang boleh memudaratkan hubungan baik yang sedang dikekalkan oleh
rakyat Malaysia selama beberapa dekad.
Perkara ini harus dititik berat, kerana
akibat nila setitik, rosak susu sebelanga, dimana akibat perbuatan yang kurang
sihat oleh segelintir masyarakat, kesemua rakyat haruslah menghadapi kesan
buruk tersebut. Oleh itu, bagi memastikan semua rakyat Malaysia bersatu semula
dan mewujudkan tamadun yang lebih baik daripada sekarang, kita haruslah
mengambil beberapa langkah yang bersesuian.
Seperti sedia maklum, satu persamaan yang
diperoleh daripada setiap diri rakyat Malaysia ialah semangat kesukanan yang
begitu kuat. Hal ini terbukti apabila Sukan Olimpik yang baru-baru ini berlaku
di Rio de Janeiro, Brazil telah merapatkan lagi hubungan rakyat Malaysia, di
mana mereka turun padang bersama-sama untuk menonton perlawanan akhir Dato Lee
Chong Wei dan masing-masing bersorak dan berdoa sama-sama supaya kemenangan
memihak kepada para atlet-atlet Malaysia, tidak kira asal usul dan bangsa
mereka.
Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah bergiat
aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi bagi merapatkan hubungan
dengan masayarakat dan dapat bergaul dengan lebih ramai. Jika mereka berkongsi
hobi yang sama antara mereka, maka ia lebih mudah untuk mereka bersatu dan
melahurkan masyarakat majmuk yang bertamadun.
Rakyat Malaysia juga haruslah sentiasa
berkongsi idea atau apa-apa ilmu yang boleh memanfaatkan diri dan negara kita.
Hal ini kerana, jika kita berkongsi ilmu dan memirkan cara-cara untuk
membangunkan lagi negara kita dari segi ekonomi dan juga pendidikan
bersama-sama, ia akan lebih produtif, kerana idea 10 orang adalah lebih baik
daripada hanya seorang. Kita semua haruslah bekerjasama untuk mendapat kejayaan
yang boleh memanfaatkan setiap masyarakat.
Masih mempunyai banyak lagi cara-cara untuk
menyatukan rakayat Malaysia, namun yang paling penting ialah setiap rakyat
haruslah percaya akan kelebihan dan kekurangan setiap individu dan tdak
mendiskriminasikan mana-mana pihak. Kita haruslah usaha seboleh-bolehnya untuk
membentuk tamadun yang lebih baik pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment