Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Dalam mana-mana tamadun di dunia ,kemunculan pelbagai parti politik dan juga perbezaan pendapat antar satu sama lain merupakan senario yang biasa ,terutamanya dalam tamadun negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang pelbagai kaum. Walaubagaimanapun , kita perlu sedar bahawa namun terdapat berbagai-bagai suara yang muncul , manakala , kita perlu sentiasa bersatu padu demi masa depan tamadun kita.
Sebelum tamadun negara yang mantap dibentuk , negara kita telah mengalami penjajahan yang lama daripada penjajah asing . Malahan , kestabilan negara dan penerusan ketamadunan negara pada masa kini merupakan usaha yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin kita pada masa lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Hal ini demikian, keininginan penerusan kestabilan negara kita merupakan faktor dan juga keadaan yang paling penting untuk kita bersatu padu semula supaya perkembangan tamadun kita dapat diteruskan . Langkah pertama yang perlu dibuat adalah melalui pencapaian kestabilan politik.Fungsi pentadbiran negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Hal ini telah membantukan tamadun negara kita diparmerkan di pentas dunia.
Tambahan pula , keinginan rakyat yang ingin memajukan ekonomi yang penting terhadap masa depan tamadun mampu meransangkan mereka bersatu padu semula . Sebagai rakyat Malaysia , kita tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan . Sebagai contoh , rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 masih mejadi mimpi yang buruk dalam hati para rakyat Malaysia. Hal ini demikian , rakyat Malaysia telah sedah bahawa berastu padu mampu menghalangkan tragedi ini berlaku semula. Malahan , kestabilan dan keharmonian dapat menarik pelancongan dan pelaburan asing di negara negara. Oleh itu ekonomi negara kita meningkat . Ekonomi yang stabil amat penting untuk masa depan tamadun negara. Hal ini disebabkan , usaha mempromosikan tamadun serta perkembangan tamadun perlu memerlukan modal yang mencukupi . Hanya melalui modal yang mencukupi , aktiviti , kempen berkaitan dengan perkembangan tamadun dapat dianjurkan.
Selain itu , semangat nasionalisme yang mucul dalam jiwa rakyat mampu memberansangkan semula semangat perpaduan antara satu sama lagi . Semangat nasionalisme didefinasikan sebagai perasaan cinta akan negara yang mendalam . Sekiranya semua rakyat negara mempuyai perasaan cinta yang mendalam tanpa mengira kaum , bangsa , dan agama, tamadun negara kita dapat diperkembangkan dengan lebih cepat dan maju. Hal ini disebabkan , rakyat kita dapat berfikir dengan terbuka untuk menerima adat resam dan budaya daripada perlainan kaum . Hormat-mengharmati telah muncul. Malahan , sesuatu kerjasama yang erat dapat dibentuk untuk memrealisasikan impian memantapkan tamadun negara kita. Bahkan juga , tamadun yang murni disebabkan terdiri daripada bangsa, agama, dan kaum yang lain telah dibentuk.
Akhir kata ,sejarah telah membuktikan pembentukkan tamadun merupakan satu pekara yang tidak dapat dicapai oleh seseorang bahkan juga mengunakan masa yang sigkat. Ketamadunan negara kita dianggap tamadun yang amat menarik dan berharga. Namun begitu , bangyak kemerosotan dapat berlaku sekiranya rakyat tidak bersatu padu mempertahankannya. Rakan- rakan dan juga saya yang merupakan generasi kepimpinan pada masa depat berpendapat bahawa perpaduan antara rakyat negara kita tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan negara perlu dibnagkitkan semula. Pertahanan tamadun merupakan obligasi setiap rakyat kita dan tidak dapat dicapai oleh sesorang kerana berstu kita teguh , bercerai kita roboh.
No comments:
Post a Comment