A)
REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama
daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
Dialog tamadun merupakan salah satu cara yang mampu
mengurangkan ketegangan yang wujud dalam kalangan manusia terutamanya rakyat
Malaysia. Perkara ini berperanan untuk mengelak keruntuhan akibat globalisasi
dengan penglibatan golongan yang terlibat melalui meja rundingan yang
berasaskan dialog dan juga melalui persefahaman yang perlu dipupuk mengenai
pemikiran dan cara hidup masing-masing.
Kesefahaman mengenai pelbagai tamadun terutamanya Tamadun
Malaysia perlu diwujudkan kerana perkara ini dapat membawa keamanan yang
berkekalan dan dengan ini, Tamadun Malaysia dapat bertahan lebih lama daripada
keruntuhan akibat globalisasi. Untuk merealisasikan perkara ini, semangat
kesediaan dalam kalangan pihak-pihak yang terlibat perlu diwujudkan supaya
mereka dapat memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Masyarakat Malaysia sendiri perlu memainkan peranan untuk
menanam semangat ingin tahu pada diri, keluarga dan sahabat-sahabat untuk
mengenali tamadun Islam, Melayu, Cina, India dan kaum Peribumi yang lain.
Perkara ini agak penting untuk diwujudkan supaya masyarakat dapat bertolak
ansur dengan kaum-kaum di negara ini di mana budaya setiap kaum
berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut.
Setiap individu di Malaysia perlu jelas dengan
kepercayaan dan amalan yang dipraktik oleh setiap kaum supaya kaum lain dapat
melihat kerasionalan di sebalik perbezaan itu. Melalui cara ini, tanggapan
negatif sesetengah individu tersebut mengenai kepercayaan dan amalan golongan
lain dapat dikurangkan.
Media massa juga amat penting untuk mempertahankan
Tamadun Malaysia menghadapi keruntuhan akibat globalisasi kerana mutakhir ini,
dunia Barat telah mendominasi penyebaran berita melalui media massa. Kebanyakan
berita sering dicampur dan ditafsir untuk penerimaan negara-negara jiran untuk
memperoleh kepentingan tertentu. Perkara ini amat membimbangkan kerana dengan
pengaruh Barat terhadap media massa ini, tamadun Malaysia juga akan terhapus
jika terdapat beberapa golongan yang tidak memandang perkara ini dengan serius.
Prinsip kekeluargaan merupakan asas pembentukan
masyarakat yang hidup secara aman damai dan harmoni. Konsep kekeluargaan ini
mementingkan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang antara satu sama lain.
Prinsip ini amat penting supaya tamadun Malaysia tidak hanyut akibat
globalisasi kerana penerapan ilmu-ilmu dan nilai-nilai moral kepada anak-anak
bermula apabila seseorang berada dengan ahli keluarga dan perkara ini dapat
dipupuk dengan lebih efektif.
Kualiti alam sekitar amat penting dalam melahirkan
suasana yang aman dan kondusif untuk manusia menjalankan kehidupan seharian.
Jika kualiti semakin merosot, ia menunjukkan globalisasi telah memberi kesan
kepada kita dan menyebabkan keruntuhan tamdun Malaysia juga. Perkara ini perlu
dititikberatkan kerana terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang bersikap
individualistik dan materialistik mengotorkan kawasan sekeliling dan ini boleh
menyebabkan ketidaksenangan untuk pihak lain. Secara tidak langsung, ia akan
mengundang kepada ketidakpuasan juga.
Salah satu lagi cara untuk mengelak keruntuhan tamadun
Malaysia akibat globalisasi adalah dengan membanteras gejala sosial yang semakin
mengkhuatirkan seperti budaya suka berjudi, budaya fitnah-memfitnah dalam dunia
politik, budaya mengejar populariti dan sebagainya. Untuk mencapai matlamat
ini, kerajaan dan rakyat perlu berganding bahu bersama-sama supaya
kesejahteraan sosial dan tamadun dalam negara Malaysia dapat dipelihara.
Pihak sekolah juga dapat berganding bahu bersama-sama
untuk memperkukuh budaya dan moral dalam kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya pelajar sekolah. Kini, pelajar sekolah bergaul dengan bebas dan
terlalu terikut-ikut dengan budaya Barat yang sepatutnya tidak harus dicontohi
oleh pelajar. Penggabungan tenaga pengajar haruslah berjalan serentak dengan
sebuah gerakan pemantapan integriti nasional yang juga mempunyai matlamat yang
sama.
Akhir sekali, komunikasi dan kempen yang berkesan
mengenai kepentingan nilai-nilai budaya dan moral perlu dijalankan melalui
organisasi dakwah dan aktiviti kesukarelawanan. Konsistensi antara mesej yang
hendak disampaikan dan tindakan juga perlu dijaga. Dengan ini, wujudlah persekitaran
budaya, masyarakat, ekonomi dan politik yang kondusif dan persekitaran yang
betul-betul menyokong kekuatan dan keutuhan budaya dan moral dalam negara
Malaysia. Cara ini dapat membendung tamadun Malaysia dari runtuh akibatglobalisasi tersebut.
B)
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah
agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu
berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa
pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Orang
sentiasa mengertikan jihad sebagai perjuangan tetapi sebenarnya perkataan jihad
berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau
jahdan atau jihaadan yang bermaksud bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Ini
menunjukkan bersungguh-sungguh mengumpul semua kekuatan tenaga sama ada
dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit,
kekayaan, aset dan sebagainya).
Oleh
hal demikian, jihad itu ialah menghabiskan usaha tenaga untuk mencapai apa yang
diimpikan atau menolak sesuatu yang tidak diingini dalam apa bidang sekalipun,
sama ada dalam masa aman atau perang, tidak semestinya dengan berperang atau
mengangkat senjata.
Perkara
yang perlu dibincangkan ialah pandangan bangsa lain dan bangsa Melayu sendiri
terhadap jihad. Rakan-rakan saya yang berbangsa Cina mempunyai pandangan di
mana Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi dan sikap
hormat-menghormati dalam apap jua keadaan. Walaupun bangsa Cina mempunyai
persepsi yang agak terhad mengenai Islam dan jihad, mereka tahu bahawa jihad
ialah sesuatu yang dijalankan oleh orang Islam untuk menegakkan agama dan
keamanan tetapi bukan mendefinisikan jihad sebagai keganasan seperti perang
yang diadakan di beberapa negara Islam yang lain.
Mengikut
rakan-rakan yang berbangsa Melayu sendiri, kita tahu erti sebenarnya jihad itu.
Jihad adalah suatu usaha untuk mengenal Islam, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
Islam dan berdakwah mengenai agama Islam dan ini merupakan rukun pertama dalam
berjihad. Jihad ialah sebahagian daripada kewajipan umat Islam untuk
menyampaikan agama Islam kepada orang lain. Jihad juga perlu dilakukan dengan
cara halus dan bukan dengan kekasaran, paksaan dan kekerasan. Cara halus ini
didasarkan pada kasih sayang, rahmat dan kesabaran dalam menghadapi ujian
hidup. Melalui cara ini, kita dapat membangunkan masyarakat yang terbaik dalam
memimpin tamadun manusia pada masa akan datang.
Jikalau
mengikut pandangan bangsa-bangsa lain terhadap jihad, mereka berpandangan orang
Islam lebih menekankan kepada sikap toleransi, hormat-menghormati, kasih-sayang
dan lebih-lebih lagi memahami agama dan budaya bangsa lain. Perkara ini amat
penting kerana jalinan hubungan antara setiap kaum di Malaysia menunjukkan
keutuhan dan kekuatan untuk membina sesuatu tamadun. Malaysia yang merangkumi
pelbagai bangsa dan agama sentiasa menghormati kaum dan agama lain dan ini
menunjukkan pemikiran yang tidak kolot. Bangsa-bangsa lain berpendapat bahawa
jihad merupakan suatu usaha untuk menegakkan agama dengan mengelakkan keganasan
seperti di negara Islam lain yang berperang dengan keganasan yang ekstrem.
C)
Kamu seorang
sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu
ketamadunan samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut
hanya 10-15 baris sahaja.
Civilization
The
patient, eager, stubborn desire on earth
Where
there should be less injustice
Less
pain, less unhappiness
Peace
is the virtue of civilization
War
is its crime.
Civilization
Like
a thin layer of ice
Upon
a deep ocean of chaos
And
darkness
Own
legacy should be created
As
you guide your civilization
From
the dawn of man
Through
the space age and beyond
D) Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan
pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara.
Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa
depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan
rakyat Malaysia sentiasa bersatu walaupun mempunyai perbezaan pendapat dan
pandangan. Pendedahan
kepada cabaran- cabaran semasa dan kemelut yang melanda masyarakat kini
melahirkan kepada kepelbagaian buah fikiran dan lontaran pendapat. Biarpun
masyarakat kita berbeza dan berselisih pendapat dan pemikiran tetapi bukan
bermakna tiada kesepakatan yang boleh disatukan agar terbentuk suatu masyarakat
yang bertamadun. Perkara yang amat membimbangkan ialah di mana perbezaan
pendapat ini akan menjadi punca utama kemusnahan perpaduan masyarakat jika
tidak ditangani dengan cara yang sempurna.
Yang kedua, kita dapat memastikan semua orang
sentiasa bersatu dengan memupuk semangat nasionalisme iaitu perasaan cinta akan
negara. Perpaduan kaum akan memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada
semua kaum di negara ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Berdasarkan scenario kini di Malaysia, rakyat kita haruslah bertanggungjawab
menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang
terbuka agar perkara ini dapat membendung penindasan seperti di negara lain
yang mengalami penindasan.
Pendidikan juga merupakan perkara yang utama
kepada perpaduan negara. Sekolah dan pendidikan memainkan peranan ayng penting
dalam pembinaan dan pembentukan warganegara dan rakyat yang bersatu padu.
Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan kea rah perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bekerjasama mewujudkan insan yng
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohaniah, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab mencapai
kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kesatuan masyarakt
dan negara.
Dengan memupuk semangat perpaduan ini juga
dapat meningkatkan imej negara hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa
timbul sebarang masalah. Sebagai contoh, waktu musim perayaan terutamanya,
rakyat negara Malaysia akan pastinya kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan
berbual mesra antara satu sama lain. Melalui perkara ini, semangat perpaduan
dapat diwujudkan dan ini menunjukkan semua rakyat Malaysia akan bersatu untuk
memastikan kelangsungan tamadun.
No comments:
Post a Comment